Rabu, 15 Juli 2009

APA ITU AIDS

APA ITU AIDS?

* Penyakit AIDS adalah “Acquired Immune Deficiency Syndrome” (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit).

* Ia disebabkan oleh jangkitan virus yang melemahkan atau melumpuhkan sistem pertahanan badan.

* Akibatnya, badan tidak berupaya melawan serangan pelbagai jenis kuman dan kuman lain yang biasanya tidak menyebabkan penyakit di kalangan individu yang sihat.

KUMAN HIV

* Kuman penyebab penyakit AIDS dipanggil “Human Immuno-deficiency Virus” (HIV).

* Ia hanya boleh hidup dan membiak di dalam badan manusia. Di luar badan, kuman ini boleh dimusnahkan pada suhu lebih dari 56°C dan juga oleh bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air paip.

* Kuman HIV terdapat di dalam semua bendalir badan manusia terutamanya (konsentrasi yang tinggi) dalam darah, air mani dan cairan vagina orang-orang yang telah dijangkiti oleh kuman ini (pembawa kuman HIV).

Struktur Kuman HIV

* Gambar kuman HIV yang dilihat menerusi elektron mikroskop yang diperbesarkan 135,000 kali.

Gambarajah Human

Immunodeficiency

Virus (HIV).

CARA BERJANGKIT

* Berkongsi jarum suntikan dengan orang yang dijangkiti

Contoh: Penagih dadah

* Perhubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti kuman HIV sama ada secara homoseksual, biseksual atau heteroseksual

* Dari ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi kandungan, semasa kelahiran atau semasa penyusuan ibu

* Penerimaan organ, darah, tisu, sperma dan lain-lain dari penderma yang dijangkiti HIV

SIAPA MENGHADAPI RISIKO TERHADAP AIDS

Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman HIV ialah…

* Mereka yang mengamalkan tingkah laku tidak sihat dan tidak selamat seperti perhubungan seks sejenis (homoseksual), seks kedua-dua jantina (biseksual), seks dengan pelacur atau bertukar-tukar pasangan seks.

* Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan.

* Anak kepada ibu yang dijangkiti kuman HIV.

* Penerima organ, tisu atau darah yang tercemar dengan kuman.

* Mereka yang melakukan hubungan jenis dengan mana-mana kumpulan di atas.

PERKEMBANGAN AIDS

* Peringkat penyakit AIDS:

Tempoh purata peringkat tanpa gejala atau sebagai pembawa HIV boleh mencapai sehingga 10 tahun. Mereka ini telah dijangkiti kuman HIV namun masih kelihatan sihat. Mereka boleh menjangkiti orang lain.

Peringkat AIDS atau menjadi pesakit AIDS ialah mereka yang di tahap akhir jangkitan HIV. Di peringkat ini, sistem daya tahan melawan penyakit telah musnah menyebabkan badan tidak berupaya melawan serangan penyakit walaupun ia penyakit ringan dan biasa. Pada peringkat ini juga pembawa akan mempunyai tanda-tanda klinikal.

SINDROM AIDS

* Tanda dan gejala

*Hilang berat badan secara mendadak *Cirit-birit berpanjangan *Bengkak kelenjar *Keletihan teruk *Keputihan di mulut dan tenggorok *Batuk berpanjangan dan sesak nafas *Kulit melepuh

* Jangkitan

*Pneumocystis Carini pneumonia *Cytomegalovirus *Candidiasis *Tibi *Toxoplasmosis *Herpes simplex dan Herpes Zoster

* Penyakit barah

*Kaposi Sarcoma *Lymphoma

UJIAN DARAH

Ujian darah ini adalah untuk mengesan antibodi terhadap kuman HIV. Antibodi ini adalah bahan yang dihasilkan oleh badan seseorang yang dijangkiti kuman HIV. Pengesanan awal jangkitan HIV boleh membantu pengidap menjaga tahap kesihatan mereka dan mencegah dari menjangkitkan virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.

KEPUTUSAN POSITIF, bermakna wujud antibodi HIV dalam darah anda. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera.

KEPUTUSAN NEGATIF, tidak bermakna anda bebas dari jangkitan HIV. Anda mungkin berada dalam waktu jendela (window period), iaitu 45-60 hari dari tarikh kuman HIV masuk ke dalam tubuh, iaitu satu jangkamasa di mana antibodi HIV seseorang belum dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.

UJIAN DARAH

Ujian ini boleh diperolehi di kebanyakan hospital dan klinik kerajaan serta swasta. Ia ringkas dan tidak sakit. Semua keputusan ujian dirahsiakan.

Peringatan:

Dapatkan nasihat dari kakitangan

kesihatan untuk mendapatkan

kaunseling terlebih dahulu sebelum

dan selepas mengambil ujian darah.

JENIS UJIAN MAKMAL

Ujian Antibodi HIV

Selain dari ujian antibodi HIV, seseorang pembawa HIV perlu menjalankan beberapa lagi ujian makmal. Ini termasuklah ujian CD4 dan “viral load”.

Ujian CD4

Dilakukan bagi mengetahui tahap jangkitan HIV dan bila rawatan anti-retrovirus (HAART) boleh dimulakan. Ia mengukur jumlah sel CD4 sihat dalam darah. Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah. Jika bilangan CD4 menurun sehingga 200 sel/mm3 rawatan anti-retrovirus (HAART) akan dimulakan.

JENIS UJIAN MAKMAL

Ujian ‘Viral load’

Ujian ini mengukur jumlah virus dalam darah. Paras yang tinggi menunjukkan tahap pembiakan virus yang tinggi.

Perkhidmatan kaunseling

Perkhidmatan kaunseling – pra-ujian, selepas ujian serta sokongan – boleh didapati di kemudahan-kemudahan kesihatan. Kaunseling boleh dijalankan dalam bentuk kaunseling secara bersemuka atau secara berkumpulan (support group). Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau khidmat kaunseling melalui talian khidmat bantuan.

RAWATAN & VAKSIN

Rawatan

Sehingga kini masih TIADA rawatan bagi AIDS. Semua pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini. (Tanpa rawatan pesakit AIDS boleh maut dalam masa dua tahun)

Vaksin

Masih tiada vaksin yang sesuai dan masih lagi di peringkat percubaan.

JENIS RAWATAN

Rawatan Anti-Retrovirus (HAART)

Kombinasi ubat anti-retrovirus bila digunakan dapat menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV.

Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian adalah:2 Jenis Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI).

Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang:

1) Mempunyai tanda-tanda AIDS

2) Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml

3) Viral load melebihi 30,000 copies/ml

Dan patuh kepada jadual rawatan.

JENIS PERAWATAN

Rawatan profilaktik

Rawatan ini akan diberi untuk mencegah jangkitan-jangkitan oportunistik seperti Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP).

Lain-lain perkhidmatan

Rujukan sokongan (Kesihatan & Bukan kesihatan)

Semasa dalam rawatan susulan pesakit juga akan dirujuk kepada agensi kerajaan atau bukan kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan.

INGAT!

HIV TIDAK BERJANGKIT SEKIRANYA ANDA…

* Berpelukan/Ciuman/

Bersalaman

Berkongsi Kemudahan

Awam

Menderma Darah

* Berenang di Kolam Renang

Sekiranya anda dijangkiti…

Ingat:

* Jumpa doktor

* Berhenti dari melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menjagkiti kuman HIV kepada orang lain

* Jauhilah amalan seks yang tidak selamat

* Jangan menderma darah, tisu atau organ

* Jangan berkongsi jarum suntikan

AIDS BERKAITAN
DENGAN
TINGKAH LAKU


Bijak Berwaspada


Hargai Kesucian Diri


Jauhi Dadah
Dan Maksiat

MEMBANTERAS AIDS ADALAH
TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Amalkan

CARA HIDUP

yang Sehat

Hargailah
Kehidupan
Anda

LINDUNGILAH KELUARGA ANDA

DARIPADA DIJANGKITI

KUMAN HIV

suli_crew@yahoo.com

sulicrew11@gmail.com

www.suli11.blogspot.com

Tidak ada komentar: